Selamat meluaran seorang putera

Selamat meluaran seorang putera

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, dengan izin Allah telah selamat meluaran seorang putera pada hari Ahad, 20 Syaaban 1436 bersamaan 7 Jun 2015 jam 2.02 pagi.

Berikutan dengan meluaran ini sebanyak 19 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA