Selamat meluaran seorang puteri

Selamat meluaran seorang puteri

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia memaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, isteri kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik telah selamat meluaran seorang puteri pada 22 Jamadilawal 1437H bersamaan 2 Mac 2016 jam 1:09 petang.

Sempena dengan meluaran ini, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA