Selamat menyambut bulan Ramadan – Obama

Selamat menyambut bulan Ramadan – Obama

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Negara Brunei Darussalam akan memulakan ibadah puasa bulan Ramadan bersama-sama umat Islam di seluruh dunia.

Sempena bulan yang mulia ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Barrack Obama dan isteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat Islam di AS dan seluruh dunia.

Dalam ucapannya TYT Obama berkata, bulan ini adalah peluang untuk menumpukan kekuatan, kerohanian dan pemikiran, kemaafan, kesabaran dan kekuatan, berbelas kasihan bagi mereka yang kurang bernasib baik dan perpaduan untuk setiap lapisan masyarakat.

“Di AS, kami sangat beruntung bersama masyarakat Islam yang bersatu dengan negara itu sendiri. Waris-waris Islam itu boleh dikesan sejak tertubuhnya AS, dan dalam kalangan mereka yang baru sahaja tiba. Doktor, peguam, artis, guru, saintis, persatuan komuniti, kakitangan awam dan anggota tentera, setiap malam akan bersungkai bersama-sama di bandar-bandar seluruh AS,” kata TYT Obama.

Menurut TYT Obama lagi, pada bulan ini, jutaan nyawa yang terjejas akibat konflik dan pergelutan di seluruh dunia tidak dilupakan, lebih-lebih lagi umat Islam yang mungkin tidak mampu untuk menunaikan Ramadan dalam keadaan yang selesa. “Kita mesti meneruskan kerjasama bagi meringankan penderitaan individu terbabit. Masa ini juga mengingatkan kita terhadap tanggunjawab bersama untuk membantu mengukuhkan maruah manusia. Kita juga akan terus mengalu-alukan kedatangan imigran dan pelarian ke negara kita termasuk mereka yang beragama Islam,” kata TYT Obama lagi.

Menurut TYT Obama, seperti yang telah beliau lakukan sepanjang memegang jawatan presiden, beliau bersedia membuka pintu Rumah Putih bagi masyarakat Islam Amerika semasa bulan yang istimewa ini.

ARTIKEL YANG SAMA