Selamat tinggal Sherwood untuk Aston Villa

Selamat tinggal Sherwood untuk Aston Villa

LONDON, 26 Okt (AFP) – Tim Sherwood dipecat sebagai pengurus Aston Villa selepas pasukan itu berada dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sherwood mengambil alih tugas di Aston Villa sejak Februari lalu dengan mempamerkan aksi positif awal musim malah turut membawa skuad ke final Piala FA.

Namun hanya dengan satu kemenangan setakat ini telah membawa kepada penyingkiran Sherwood.

Pihak kelab telah mengesahkan keputusan tersebut selepas laporan pemecatan itu tersebar.

“Ahli lembaga kelab telah memantau dan mengikuti perkembangan pasukan sejak awal musim dan percaya keputusan di padang tidak begitu baik dan memerlukan perubahan segera.

Aksi Tim Sherwood ketika perlawanan EPL pasukan bimbingannya menentang Swansea City di Villa Park di Birmingham, bahagian tengah England pada 24 Oktober 2015. – AFP
Aksi Tim Sherwood ketika perlawanan EPL pasukan bimbingannya menentang Swansea City di Villa Park di Birmingham, bahagian tengah England pada 24 Oktober 2015. – AFP

“Bagaimana pun, pihak kelab ingin mengucapkan penghargaan kepada Tim di atas segala usaha ketika pasukan berdepan dengan situasi sukar musim lalu, malah banyak sumbangan positif yang telah dilakukan secara keseluruhan ketika bersama kami. Kami berharap beliau lebih berjaya pada masa depan,” jelas kenyataan kelab itu.

Villa juga turut mengumumkan pembantu pengurus, Ray Wilkins, jurulatih Mark Robson dan penilai prestasi Seamus Brady juga dipecat.

Manakala Kevin Macdonald akan menguruskan skuad sehingga menemui pengurus baharu.

Pada Sabtu, Aston Villa tewas 2-1 kepada Swansea yang mencatatkan kekalahan keenam berturut-turut sekali gus meletakkan mereka di kedudukan paling akhir liga.

ARTIKEL YANG SAMA