Selamat tinggal United

Selamat tinggal United

MANCHESTER, United Kingdom, 18 Mac (AFP) – Pengurus pasukan Manchester United, Louis van Gaal menggesa para pemainnya untuk mengetepikan kekecewaan penyingkiran mereka dari Liga Eropah kepada Liverpool dengan menewaskan Manchester City dalam perlawanan hujung minggu ini.

United diketepikan dari Liga Eropah dalam kelompok 16 terakhir selepas seri 1-1 di laman sendiri kepada musuh ketat semalam yang menyaksikan mereka tewas 3-1 menerusi agregat.

Penyingkiran mereka menjejaskan satu tempat ke Liga Juara–Juara musim depan dan dengan United berada di belakang City, yang berada di tangga keempat dan kelayakan terakhir dalam Liga Perdana, Van Gaal tahu kekalahan di Stadium Etihad pada Ahad ini sudah pasti sukar.

“Kami perlu menewaskan Manchester City kerana ia adalah satu lagi peluang untuk melayakkan diri kami bagi Liga Juara–Juara,” dia memberitahu sidang akhbar selepas perlawanan di Old Trafford.

Dengan Piala FA sekarang adalah satu–satunya persaingan yang boleh dimenangi United, Van Gaal ditanya jika kegagalan untuk mengatasi Liverpool meningkatkan tekanan ke atasnya dan pasukan kendaliannya.

Aksi Martial ketika menjaringkan gol pertama buat Manchester United pada pusingan kedua perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford. United tersingkir selepas ditewaskan Liverpool dengan agregat 3-1. – Reuters
Aksi Martial ketika menjaringkan gol pertama buat Manchester United pada pusingan kedua perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford. United tersingkir selepas ditewaskan Liverpool dengan agregat 3-1. – Reuters

“Tekanan tersebut juga dirasai hari ini,” jawab pengurus dari Belanda itu.

“Manchester United selalu menghadapi tekanan. Harapan selalunya tinggi. Tekanan bagi para pemain ini adalah tinggi. Kami tahu dan kami boleh menghadapinya. Tetapi kami tidak bernasib baik hari ini.”

Mengekori 2-0 selepas perlawanan berat sebelah minggu lalu di Anfield, United mengurangkan defisit agrgeat Liverpool pada minit ke-32 apabila Anthony Martial berjaya menarik Nathaniel Clyne untuk melakukan kekasaran dan membolehkan sepakan penalti.

Tetapi Philippe Coutinho mengekalkan keselesaan dua jaringan Liverpool pada akhir separuh masa pertama dengan jaringan yang digambarkan Jurgen Klopp sebagai ‘bijak’- pemain dari Brazil membiarkan Guillermo Varela dan kemudian melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol United, David de Gea.

Peringkat akhir perlawanan dilakukan dengan mendengarkan laungan penonton daripada penyokong gelanggang luar, tetapi Van Gaal merasakan pasukannya mendominasi permainan yang sama dikuasai Liverpool pada perlawanan pertama.

ARTIKEL YANG SAMA