‘Selami duka & menanganinya sebagai Muslimah’

‘Selami duka & menanganinya sebagai Muslimah’

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Lebih 100 pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya menghadiri ceramah khas sempena bulan Ramadan 2015, yang berlangsung di dewan teater kementerian berkenaan.

Ceramah yang diadakan selepas sembahyang fardu Zuhur berjemaah itu telah disampaikan oleh Pakar Penterjemah di Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Sharifah Khadijah binti Husein Alkaff.

Dalam ceramah bertajuk ‘Selami Duka dan Menanganinya Sebagai Muslimah’, beliau antara lain menggariskan cara untuk mendekatkan diri dengan Allah dan bersyukur dengan apa yang diberikan.

Majlis seumpama ini merupakan antara aktiviti keagamaan tahunan sempena bulan Ramadan yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dengan melibatkan pegawai dan kakitangan beragama Islam.

Sharifah Khadijah menyerikan ceramah khas kementerian berkenaan dengan ceramah beliau yang banyak memberi pengajaran.
Sharifah Khadijah menyerikan ceramah khas kementerian berkenaan dengan ceramah beliau yang banyak memberi pengajaran.

ARTIKEL YANG SAMA