Selangkah lagi rangkul juara Siri Super

Selangkah lagi rangkul juara Siri Super

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) – Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir merangkul gelaran juara Siri Super pertamanya, musim ini selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Terbuka Perancis yang diadakan di Stade Pierre De Coubartin di Paris, Perancis.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu hanya berjaya merangkul dua gelaran Grand Prix Emas — Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, yang kedua-duanya diadakan pada Jun selepas menjalani penggantungan lapan bulan bagi kesalahan doping yang berakhir Mei lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan Wang Zhengming dari China; menang 21-7, 21-13 dalam perlawanan separuh akhir, yang berlangsung semalam.

Menantinya pada perlawanan akhir lewat hari ini ialah pemain muda Taiwan, Chou Tien Chen yang berjaya melepasi ke final selepas mempamerkan aksi menarik 21-11, 21-19 mengetepikan pilihan kedua, Jan O Jorgensen dari Denmark dalam empat lagi perlawanan terakhir, lapor Persekutuan Badminton Dunia (MWF) dalam laman sesawang; www.bwfbadminton.org.

Cabaran Malaysia dalam empat lagi acara iaitu beregu lelaki, perseorangan wanita dan beregu wanita serta beregu campuran berakhir awal selepas tewas pada pusingan awal Kejohanan Siri Super yang menawarkan wang tunai keseluruhan AS$275,000.

Datuk Lee Chong Wei. – Reuters
Datuk Lee Chong Wei. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA