Selatan, Jepun teruskan dialog pertahanan

Selatan, Jepun teruskan dialog pertahanan

SEOUL, 5 Ogos (AFP) – Korea Selatan dan Jepun meneruskan dialog pertahanan tahunan hari ini,selepas mesyuarat pada tahun lalu dibatalkan disebabkan ketegangan diplomatik mengenai perbalahan sejarah dan wilayah.

Kementerian pertahanan Seoul berkata mesyuarat dua hala – diadakan setiap tahun sejak 1994 kecuali tahun 2014 – dilancarkan di Seoul di antara wakil yang dipimpin oleh Yoon Soon-Gu, ketua pengarah dasar antarabangsa di kementerian pertahanan Seoul, dan rakan sejawatan Jepun Atsuo Suzuki.

Pegawai dijangka membincang isu Korea Utara serta tindakan Jepun baru-baru ini untuk meminda perlembagaannya, kata jurucakap kementerian. Hubungan di antara kedua-dua negara jiran itu telah menjadi dingin selama beberapa tahun, dengan Korea Selatan mendesak Jepun supaya meminta maaf dan berdamai terhadap penganiayaan yang dilakukan ketika pemerintahannya di semenanjung Korea dari 1910-45.

Seoul mahu Tokyo menyelesaikan isu wanita Korea yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran tentera ketika perang Jepun. Jepun menegaskan isu “wanita penghibur” telah diselesaikan dalam satu perjanjian 1965 yang memulihkan hubungan diplomatik. Kedua-dua negara juga berselisih mengenai pemilikan pulau kecil Dokdo, dikenali sebagai Takeshima di Jepun, yang terletak di Laut Jepun.

Tindakan terbaru oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk mempertingkat tentera negaranya telah diperhatikan dengan teliti di Korea Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA