Selawat 4 Daerah di Belait

Selawat 4 Daerah di Belait

Oleh Anwar Rosly & Faridah Haji Ibrahim

Gambar Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 24 Mei – Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia (KHIDMAT), malam tadi, meneruskan Majlis Selawat 4 Daerah sempena Sambutan Israk Mikraj pada tahun ini di Daerah Belait yang berlangsung di Pusat Belia Cawangan Belait.

Majlis berkenaan dihadiri seramai 100 pelajar dari sekolah-sekolah menengah, Sekolah Arab Belait dan Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, ahli-ahli sukarelawan kelab tersebut serta para jemputan dari persatuan belia yang lain di daerah ini.

Dengan tema “Belia Brunei Berselawat”, majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diikuti dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

Majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk menimbulkan rasa kerinduan, kecintaan terhadap kekasih Allah, Rasulullah SAW, di samping menyemai perasaan kasih sayang serta memekarkan perasaan itu untuk membesarkan Rasulullah SAW dengan berselawat kepada Baginda.

Majlis akan diteruskan di Daerah Temburong dan Daerah Brunei dan Muara.

pg10_150525_a

Antara yang hadir di Majlis Selawat 4 Daerah KHIDMAT di Daerah Belait, Sabtu lalu.
Antara yang hadir di Majlis Selawat 4 Daerah KHIDMAT di Daerah Belait, Sabtu lalu.

pg10_150525_c

ARTIKEL YANG SAMA