Selcuk wira Turki

Selcuk wira Turki

ANKARA, Turki, 15 Ok t – Turki layak secara automatik ke pusingan akhir Euro 2016 selaku pasukan tangga ketiga terbaik selepas menang 1-0 ke atas Iceland hasil jaringan Selcuk Inan, semalam.

Turki yang menamatkan saingan dengan 10 orang selepas pemain tengah Gokhan Tore dilayangkan kad merah pada minit ke-77 kerana mengasari Jon Dadi Bodvarsson, perlu menunggu hingga minit ke-89 sebelum Inan menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 meter.

Turki menamatkan saingan dengan 18 mata berbanding 13 yang diperoleh Belanda selepas Oranje tewas 2-3 kepada Republik Czech yang muncul juara Kumpulan A dengan 22 mata, dua mata mengatasi Iceland. Turki berjaya mengatasi Hungary untuk berada di tangga ketiga. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA