Selebriti sertai bola keranjang persahabatan

Selebriti sertai bola keranjang persahabatan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Lebih 500 orang termasuk warga Filipina yang bekerja di negara ini berpeluang menyaksikan perlawanan bola keranjang persahabatan membabitkan para artis negara mereka.

Perlawanan yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang di Batu Bersurat itu menyaksikan Pasukan Bola Keranjang MK Group bertemu dengan Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam.

Dengan adanya perlawanan ini diharap dapat memperkenalkan selebriti Filipina dan juga memberi peluang masyarakat Filipina di negara ini untuk berhibur sekali gus bersua muka dengan selebriti kesukaan mereka.

Sesi bergambar ramai bersama Pasukan Bola Keranjang MK Group dengan Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam.
Sesi bergambar ramai bersama Pasukan Bola Keranjang MK Group dengan Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA