Selebriti tampil koleksi Hari Raya

Selebriti tampil koleksi Hari Raya

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Sebagai aktiviti dalam bulan Ramadan serta memberikan peluang kepada orang ramai untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, Primesight Advertising telah menganjurkan ekspo mini yang diadakan Dewan Bankuet Jupiter, Hotel Starlodge, semalam.

Pihak penganjur telah mendatangkan selebriti dari Malaysia, Diana Danielle yang juga telah memperkenalkan barisan produknya untuk kanak-kanak seperti koleksi Cara Melayu Hari Raya dengan jenamanya ‘CheMad by Diana Danielle’.

Para pengunjung ekspo tersebut berpeluang bertemu dan bermesra dengan pelakon Malaysia yang tidak asing lagi itu dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama di Hotel Starlodge.

“Ini adalah kali pertama saya berada di Brunei dan setakat ini ia adalah pengalaman menyeronokkan yang saya pernah rasakan selama keluar negeri dan terima kasih kerana membuatkan semuanya berjalan lancar untuk semua orang mudah berjumpa saya,” ujar Diana Danielle.

Diana Danielle bergambar ramai bersama kakitangan Hotel Starlodge dan peniaga tempatan.
Diana Danielle bergambar ramai bersama kakitangan Hotel Starlodge dan peniaga tempatan.
Koleksi pakaian Hari Raya ‘CheMad by Diana Danielle’ untuk kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.
Koleksi pakaian Hari Raya ‘CheMad by Diana Danielle’ untuk kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.

Jenama CheMad milik beliau menampilkan koleksi Hari Raya termasuk enam jenis warna yang berbeza untuk kanak-kanak lelaki yang berusia satu hingga enam tahun, menggunakan bahan kapas lembut yang begitu selesa untuk cuaca tropika yang panas.

Hanya 800 cara Melayu CheMad Koleksi Raya 2016 untuk kanak-kanak dibawakan oleh Diana Danielle untuk para pelanggannya di negara ini.

Acara tersebut diadakan sehingga 10 malam kelmarin dan persembahan juga diadakan untuk memeriahkan majlis sungkai bersama Diana Danielle.

ARTIKEL YANG SAMA