Selecao tak kemuka rayuan kes Neymar

Selecao tak kemuka rayuan kes Neymar

SANTIAGO, 23 Jun (AFP) – Seandainya Brazil menjuarai Copa America buat kali ketujuh di Chile, mereka terpaksa mengharunginya dengan cara yang sukar.

Gergasi Amerika Selatan itu, hari ini memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang dikenakan terhadap penyerang bintangnya, Neymar atas kelakuan ganas.

Keputusan itu menyaksikan Brazil tidak memperoleh khidmat pemain Barcelona itu pada baki saingan di pusingan kalah mati.

Lebih daripada itu, satu teori konspirasi turut timbul yang mendakwa jadual perlawanan memberi kelebihan kepada tuan rumah, Chile laluan lebih mudah ke pentas final.

Apa tidaknya, Argentina, Colombia dan Brazil yang ketiga-tiganya menghuni ranking ketiga hingga kelima dunia diundi dalam kumpulan yang sama di peringkat suku akhir bersama Paraguay (85).

Neymar hanya menjadi penonton dalam pertemuan Brazil dan Venezuela di stadium Monumental David Arellano di Santiago 21 Jun lalu. – AFP
Neymar hanya menjadi penonton dalam pertemuan Brazil dan Venezuela di stadium Monumental David Arellano di Santiago 21 Jun lalu. – AFP

Satu lagi kumpulan kumpulan diisi Peru (61) menentang Bolivia (89) dengan Chile yang berada di kedudukan ke-19 bertemu Uruguay yang ketika ini menghuni ranking kelapan dunia.

Paling menerima kesannya pastinya Argentina dan Colombia yang bertemu sesama sendiri di suku akhir.

Menentang Paraguay, Brazil atau dikenali sebagai Selecao, jelas diletakkan sebagai pilihan namun finalis edisi 2011 itu bukanlah pasukan yang mudah dijinakkan sekalipun memiliki ranking buruk ketika ini.

Pernah menghuni ranking ke-15 dunia selepas mara ke suku akhir Piala Dunia 2010, Paraguay pasukan yang berbeza ketika ini dan layak daripada kumpulan sukar yang turut dihuni Argentina dan Uruguay membuktikan kemampuan itu.

“Ia pasti menjadi perlawanan yang sukar,” kata pertahanan tengah Thiago Silva selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Mana-mana pasukan adalah sukar. Paraguay mara ke final Copa America sebelum ini menggunakan merit, menewaskan kami dalam perjalanan mereka. Menewaskan mereka pada Sabtu (Ahad) akan menjadi sesuatu yang istimewa,” katanya.

Empat tahun lalu, Brazil tewas disingkirkan Paraguay di suku akhir menerusi keputusan penalti namun harapan mereka untuk bergelar juara berkecai apabila tewas 3-0 kepada Argentina di final.

ARTIKEL YANG SAMA