Selepas 36 tahun akhirnya berjumpa lagi

Selepas 36 tahun akhirnya berjumpa lagi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Setelah hampir 36 tahun tidak bersua muka, bekas pemain-pemain bawah umur 18 tahun 1980 yang telah mewakili Negara Brunei Darussalam bagi Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Asia ke-9 di Bangkok, Thailand berhimpun semula dalam Majlis Perjumpaan Semula yang berlangsung di Restoran Millennium, Beribi, malam ini.

Pasukan ini adalah pasukan bawah 18 tahun Brunei yang pertama mendapat tempat ketiga di peringkat antarabangsa. Ada di antara pemain U-18 tahun 1980 ini yang menyarung jersey kebangsaan dan antaranya ialah Majidi Ghani, Zainuddin Kassim, Japari Samad, Abdul Rahman Haji Japar dan Roslan Yussof.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah pengurus pasukan berkenaan, Haji Mohd Danis bin Haji Rosli.

Gambar ramai semasa majlis perjumpaan semula semalam.
Gambar ramai semasa majlis perjumpaan semula semalam.

Semasa ditemui, Haji Mohd Danis memberitahu, pertemuan ini merupakan kali pertama diadakan dan telah dihadiri oleh 20 orang ahli pasukan.

Majlis itu merupakan salah satu inisiatif yang diungkayahkan oleh Ketua Pasukan, Haji Majidi bin Haji Abd Ghani dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim setelah kian lama terpisah.

ARTIKEL YANG SAMA