Selepas gempa, tanah runtuh

Selepas gempa, tanah runtuh

MASHIKI/MINAMI-ASO, Jepun, 17 April (AFP) – Para penyelamat menggunakan penyodok untuk menggali menerusi hakisan tanah di pergunungan hari ini ketika mereka tergesa-gesa melakukan pencarian bagi mangsa yang terperangkap akibat dua gempa bumi besar yang melanda Jepun, dengan ancaman akan berlaku lagi tanah runtuh.

Kira-kira 41 orang diketahui telah terbunuh dalam dua bencana, dengan sehingga lapan orang masih dilaporkan hilang – dikhuatiri tertimbus dalam rumah yang runtuh atau di bawah curahan lumpur.

Hujan melanda kawasan sekitar Kumamoto semalaman, yang mana para pegawai memberi amaran lereng-lereng bukit mungkin berisiko runtuh ketika kejutan lanjur terus melanda kawasan itu.

Cuaca menambah lagi kesukaran kepada mereka yang terselamat dari gempa bumi awal Khamis lalu dan gegaran lebih besar dan lebih kuat melanda awal hari ini. Berpuluh-puluh ribu orang bermalam di penempatan sementara, atau berlindung di tempat perlindungan sementara.

Di bandar Mashiki yang teruk terjejas, beberapa buah rumah kayu tradisional tidak mengalami kerosakan dan penghuni mereka menceritakan kepayahan untuk terus bertahan hidup di tengah kemusnahan.

Polis mencari mangsa hilang yang terperangkap di bawah kediaman musnah akibat gempa bumi di Minami-Aso, wilayah Kumamoto pada 17 April. – AFP
Polis mencari mangsa hilang yang terperangkap di bawah kediaman musnah akibat gempa bumi di Minami-Aso, wilayah Kumamoto pada 17 April. – AFP

“Saya tidur dalam kereta dan tinggal dalam khemah pada hari itu,” Seiya Takamori, 52 tahun memberitahu AFP, sambil menunjuk ke arah tempat perlindungan yang dibuat dari kepingan plastik biru.

“Di kawasan ini kita semua tahu bahawa berlaku pergerakan aktif di bawah bandar Mashiki, tetapi tidak sesiapa benar-benar ambil peduli.

“Kami selalu berkata kepada antara satu sama lain bahawa gempa bumi besar akan berlaku pada sesuatu tahap, tetapi tidak benar-benar diambil serius.”

Seorang jiran bernama Masanori Masuda, 59 tahun berkata kebanyakan rumah dalam bentuk boleh diterima selepas gegaran pertama, tetapi mengalami kerosakan teruk apabila gempa bumi kedua berlaku, yang mengakibatkan para penghuni tanpa keperluan asas.

“Saya perlukan bateri untuk mencaj telefon bimbit saya. Juga saya perlukan tandas. Saya takut pergi ke rumah yang telah rosak, tetapi saya tidak berdaya. Saya membawa sebaldi air bersama dan terpaksa menggunakan tandas di rumah,” ujarnya lagi.

Dua gempa bumi mengakibatkan kejadian besar tanah runtuh yang menghanyutkan rumah, jalan raya dan landasan kereta api dan malah mengakibatkan bangunan-bangunan moden runtuh.

ARTIKEL YANG SAMA