Selepas Putin batal lawatan, Hollande sedia bertemu ‘bila saja’

Selepas Putin batal lawatan, Hollande sedia bertemu ‘bila saja’

PARIS, 12 Okt – Presiden Perancis, Francois Hollande berkata kelmarin beliau bersedia untuk bertemu Vladimir Putin ‘bila-bila masa saja…untuk melanjutkan perdamaian’ selepas rakannya dari Rusia itu membatalkan lawatan ke Paris disebabkan pertikaian berhubung Syria.

Hollande, bercakap di bandar Strasbourg timur laut Perancis, berkata Paris dan Moscow mempunyai ‘percanggahan besar’ berhubung Syria.

Kremlin berkata Putin membatalkan lawatan 19 Oktober untuk merasmikan gereja Ortodoks di bandar Perancis namun ‘sudah bersedia apabila ia sesuai buat Presiden Hollande’. Moscow akan “menunggu bila waktu sesuai itu tiba,” jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu para wartawan di bandar Rusia.

Hollande berkata pada Isnin yang tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad telah melakukan ‘jenayah perang’ di Aleppo dengan bantuan Rusia.

“Mereka yang melakukan tindakan ini perlu membayar penglibatan mereka, termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” kata Hollande dalam temu bual bersama TMC. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA