Selera makanan barat Modesto

Selera makanan barat Modesto

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Modesto, restoran yang berkonsepkan makanan barat, bakar dan panggang, pastinya bukan nama baru dalam kalangan peminatnya, namun apa yang baru dan perlu diketahui peminatnya, kini ia tampil dengan suasana lebih selesa yang berorientasikan pelanggan berkumpulan dan keluarga.

Terletak di Batu Bersurat, Modesto kini tampil dengan ruang dalaman yang lebih luas bagi perkumpulan besar dan keluarga yang ingin makan dalam keadaan selesa dan memuaskan.

Ketika ditemui, Cef Micheal memberitahu pasukannya cuba tampil dengan resipi yang mudah dan selaras dengan selera para pelanggan di negara ini pada harga dan jumlah yang menarik dan berbaloi.

“Kami suka melihat pengunjung datang bersama keluarga dan memilih Modesto bagi tujuan perkumpulan, ini merupakan penghormatan yang besar bagi kami,” ujarnya.

Restoran berkenaan juga menampilkan lima menu baru bagi set makan tengah hari, Fish and Chips, Beef Bolognese, Grilled Sirloin Steak, Roasted Chicken dan Cowboy Pizza with Pasta Carbonara.

Kakitangan Restoran Modesto mempamerkan set hidangan tengah hari mereka.
Kakitangan Restoran Modesto mempamerkan set hidangan tengah hari mereka.
Antara masakan yang ditawarkan di restoran berkenaan.
Antara masakan yang ditawarkan di restoran berkenaan.

Set ini boleh didapati bermula jam 10:30 pagi sehingga 2:00 petang dan setiap pelanggan juga akan mendapat teh lemon ais atau Splash Orange secara percuma.

Selain daripada itu, Modesto turut memperkenalkan set Brunch (gabungan sarapan pagi dan makan tengah hari) yang antaranya membariskan Modesto Moha Breakfast, Soli Modesto Aloha, Philly Chicken Sandwich, Grilled Chicken on Waffle Sandwich, Monte Cristo, Rise and Shine Chicken Wrap dan Croque Madame.

Set ini boleh didapati sepanjang hari waktu perniagaan begitu juga Burger Craze, iaitu lima jenis burger yang dihasilkan khas bagi pembukaan semula Modesto di sini dan apa yang menarik burger-burger ini dinamakan dengan nama watak filem Avengers.

ARTIKEL YANG SAMA