Selera Sichuan pedas mengancam

Selera Sichuan pedas mengancam

HIDANGAN masakan Sichuan cukup terkenal berikutan daripada rasa pedas dan berminyak. Selain itu, hidangan Sichuan juga banyak menggunakan lada yang jarang dijumpai pada masakan Cina lain.

Terdapat banyak bahan yang digunakan dalam hidangan Sichuan dan setiap resipi masakan Sichuan ini boleh ditumis, dikukus, direbus dengan api kecil, dipanggang dan digoreng dengan cepat.

Setentunya bagi anda yang sukakan masakan pedas masakan jenis begini menjadi pilihan sesuai untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Ayam Chongqing

Bahan-bahan:

300 gram ayam yang dipotong kiub

20 gram cili kering

10 gram lada hitam

5 gram halia

5 gram bawang merah

5 gram bawang putih

½ gram garam

30 gram minyak lada hitam

3 gram serbuk cili

2 gram perasa

Cara membuat:

Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas.

Kemudian, tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dalam api yang kuat.
Perasakan dengan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, perasa dan kacau ia sehingga sebati.

Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidangkan.

Udang Goreng Mentega

Bahan-bahan:

300 gram udang

150 gram krim

50 gram mentega

20 gram gula

1 gram garam

2 gram perasa

1 gram daun kari

1 gram cili padi

Cara membuat:

Kupas kulit udang dan goreng dalam minyak yang panas.

Selepas itu, tumis udang bersama mentega, krim, gula, garam, perasa daun kari.
Kacau seketika dan masukkan udang.

Apabila udang berwarna kekuningan, angkat dan ia sedia untuk dihidangkan.

Sup Pedas dan Masam Sichuan

Bahan-bahan:

3 gram cendawan hitam

10 gram isi ketam

5 gram rebung

30 gram tauge

250 gram stok ayam

10 gram minyak cili

10 gram cuka

0.5 gram garam

1 gram perasa

1.5 gram gula

2 gram daun bawang

Cara membuat:

Renehkan semua bahan dalam periuk.

Kemudian, masukkan stok ayam dan perasa.

Reneh sekali lagi sehingga ia masak.

Hidangkan ketika masih panas.