Selesai segera keselamatan penerbangan Thailand

Selesai segera keselamatan penerbangan Thailand

BANGKOK, 2 Dis (AFP) – Ketua junta Thailand hari ini berkata masalah dengan industri penerbangan negara itu perlu diselesaikan selepas Amerika Syarikat menurunkan gred kadar kepopularan keselamatan udara negara berkenaan dalam satu tamparan yang memalukan di negara yang banyak bergantung kepada industri pelancongan tersebut.

Pentadbiran Penerbangan Awam Persekutuan (FAA) mengumumkan langkah itu dalam satu kenyataan lewat semalam sambil berkata pihak berkuasa penerbangan Thailand tidak lagi memenuhi “standard minimum antarabangsa”, satu keputusan yang boleh menjejaskan operasi penerbangan Thai di seluruh dunia.

Peraturan itu adalah suatu kegagalan kepada kerajaan junta bekas ketua tentera yang kemudian menjadi Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, yang sebelum ini pun mempersalahkan pentadbiran awam terdahulu kerana gagal menangani keprihatinan keselamatan.

“Perdana Menteri mengarahkan semua agensi supaya menangani dengan serius isu ini kerana ia amat penting bagi misi masa depan negara,” jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd memberitahu wartawan hari ini.