Selesainya Majlis Khatam Al-Quran

Selesainya Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli dan Normazlina M.D

 

SERAMAI 113 orang peserta yang terdiri daripada 68 jemaah lelaki dan 45 peserta muslimah mengikuti Majlis Khatam Al-Quran bagi jemaah dan muslimah Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM)Gadong, baru-baru ini.

Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan takhtim yang diketuai oleh Imam BIKMM Gadong, Haji Isa bin Haji Saban dan diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Khatam yang dipimpin oleh Haji Jamaluddin bin Haji Lazim.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Imam-Imam Solat Sunat Tarawih dan Imam Qimulail BIKMM Gadong iaitu Awang Mohd Mas Saufi bin Haji Osman dan Pengiran Mohd Norhadi bin Pengiran Haji Bungsu, yang disampaikan oleh Penasihat AJK Takmir BIKMM Gadong, Haji Hepnie bin OKPSD Abg Haji Hanifah.

Majlis diikuti dengan majlis berbuka puasa sekampung yang lazim diadakan pada setiap hari Khamis di bulan Ramadan.

Antara peserta yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran di BIKMM Gadong.
Antara peserta yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran di BIKMM Gadong.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampung Mata-Mata Gadong, Haji Metali bin Haji Khamis dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Mata-Mata Gadong.

Majlis sedemikian merupakan salah satu majlis berkesinambungan dengan Majlis Tadarus yang diadakan sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan, di sam-ping dapat melipatgandakan pahala dalam melakukan ibadah iaitu membaca Al-Quran di bulan yang mulia.

Antara ahli-ahli PKP yang menyertai aktiviti bertadarus sepanjang bulan Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran.
Antara ahli-ahli PKP yang menyertai aktiviti bertadarus sepanjang bulan Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran.

Manakala di Daerah Belait pula, Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait telah mengakhiri aktiviti bertadarus sepanjang bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Seramai 30 orang ahli persatuan tersebut telah menyertai aktiviti bertadarus dan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di kediaman salah seorang ahli PKP, Hajah Juita di RPN Kampung Pandan di sini.

Turut sama ialah Yang Di-Pertua PKP, Hajah Kertini binti OKPSD Abg Haji Abu Hanifah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti bacaan juzuk yang ke-30, disusuli kemudiannya dengan bacaan Doa Khatam yang dipim-pin oleh Hajah Hindun binti Haji Puting dan Doa Selamat oleh Ketua Kebajikan PKP, Hajah Taibah binti Kudi.

Majlis turut menyaksikan penyampaian bunga telur dan cenderahati, diakhiri dengan Dikir Marhaban beramai-ramai bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Seramai 47 orang kakitangan Progresif mengikuti khatam yang mana telah menandakan selesainya pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.
Seramai 47 orang kakitangan Progresif mengikuti khatam yang mana telah menandakan selesainya pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.

Di Jame Asr’ Hassanil Bolkian, Kampung Kiarong pula, syariket telekomunikasi terkemuka, Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif) turut mengadakan Majlis Kesyukuran dan Khatam Al-Quran baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diadakan bagi menandakan ulang tahun ke-2 Progresif dan menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan.

Seramai 47 orang kakitangan Progresif mengikuti khatam yang mana telah menandakan selesainya pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.

Turut menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat ialah Ahli Lembaga Pengarah Progresif, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Awang Haji Mohd Yunus.

Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai dengan diikuti oleh pembacaan Al-Quran dan takhtim oleh para kakitangan Progresif. Majlis diakhiri dengan doa Khatam Al-Quran, Doa Selamat dan Dikir Marhaban.

Majlis diadakan bagi memuliakan bulan Ramadan di samping merayakan Nuzul Al-Quran, yang mana Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan, dan bagi merapatkan lagi silaturahim antara kakitangan Progresif.

Tetamu-tetamu istimewa dari Pusat Bahagia menerima sumbangan daripada bekas peserta SSEAYP. - Gambar oleh Nasroul Hizam
Tetamu-tetamu istimewa dari Pusat Bahagia menerima sumbangan daripada bekas peserta SSEAYP. – Gambar oleh Nasroul Hizam

Majlis seumpama itu juga diadakan oleh bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) dalam satu majlis keagamaan, mengongsikannya dengan beberapa orang tetamu istimewa.

Dikendalikan oleh para Pemimpin Belia SSEAYP bagi pengambilan 2008 hingga 2015, Majlis Khatam Al-Quran, bersungkai dan solat berjemaah itu telah diadakan bagi mengambil kelebihan pahala yang hanya diberikan dalam bulan suci Ramadan, sambil melibatkan bekas peserta SSEAYP dalam pembacaan Al-Quran, antara aktiviti-aktiviti keagamaan yang digalakkan dalam bulan Ramadan.

Juga dijemput menghadiri majlis tersebut adalah kesemua bekas peserta SSEAYP sejak Negara Brunei Darussalam menyertainya pada penghujung tahun 1980-an.

Ia juga merupakan satu peluang terbaik bagi kesemua bekas peserta untuk mengenali dan meluangkan masa dengan peserta-peserta lain.

Para peserta SSEAYP juga kerap mengadakan aktiviti amal dan kemanusiaan, majlis seperti ini juga memberikan peluang kepada mereka melakukan perkara yang sama dari segi agama.

Manakala tetamu-tetamu istimewa yang turut dijemput adalah individu-individu berkeperluan khas dari Pusat Bahagia.

Dengan menyediakan hidangan bersungkai dengan tujuan bersungkai adalah dianggap sebagai sedekah dan apa yang lebih baik utnuk menunjukkan kasih kita kepada saudara Islam yang lain adalah dengan duduk bersama menikmati hidangan.

ARTIKEL YANG SAMA