Selesema burung landa Sulawesi selatan

Selesema burung landa Sulawesi selatan

JAKARTA, 1 April (Bernama) – Wabak selesema burung kini melanda daerah pentadbiran Sidenreng Rappang di Sulawesi Selatan dan virus selesema itu dilaporkan membunuh kira-kira 11,000 ekor unggas, sebahagian besarnya itik, setakat semalam.

Akhbar Jakarta Post memetik ketua Agensi Perusahaan Ternakan wilayah itu, Abdul Aziz sebagai berkata sehingga kini, kira-kira 7,000 ekor itik dan 4,000 ekor ayam, mati akibat penyakit itu.

“Angka itu berdasarkan laporan yang kami terima. Jumlah itu mungkin lebih banyak,” katanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Beliau berkata agensi itu memerintahkan Agensi Perusahaan Ternakan Sidenreng Rappang supaya mengasingkan kawasan yang terjejas akibat virus H5N1 bagi mengelak penyakit itu daripada merebak.

Aziz mendakwa stok vaksin di wilayah itu semakin berkurangan dan tidak lagi mempunyai sebarang ubat. Agensi itu memerlukan tambahan sejuta dos vaksin berikutan wilayah itu mempunyai kira-kira 10 juta unggas.

Menurut laporan yang disiarkan oleh www.healthmap.orgIndonesia, Indonesia merekodkan 197 kes selesema burung, 165 daripada mengakibatkan kematian, sejak wabak itu tercetus pada 2003 di beberapa negara.

ARTIKEL YANG SAMA