Seleweng wang zakat

Seleweng wang zakat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Seorang Pendaftar Sekolah Menengah di Jabatan Pengajian Islam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan menyalahgunakan wang kutipan zakat fitrah lebih daripada $80,000.

Shahrul Rizam bin Haji Ramlee didakwa menyeleweng wang zakat berjumlah $86,344.77 ketika ditempatkan di Unit Kutipan dan Agihan Zakat, Kuala Belait.

Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim dalam kertas pertuduhannya menyebut bahawa tertuduh menyalahgunakan wang itu antara 25 Julai 2011 dan 2 April 2012.

Jika disabit bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Peguam Ahmad Zakaria yang mewakili tertuduh memohon penangguhan selama sebulan kerana dia baru sahaja dilantik untuk mewakili tertuduh, dan memerlukan masa untuk meneliti dokumen kes.

Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 2 Julai untuk sebutan semula, dan membenarkan tertuduh diikat jamin $10,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA