Selfie sempurna dengan Fujifilm X-A3 terbaru

Selfie sempurna dengan Fujifilm X-A3 terbaru

KUALA LUMPUR – Gaya retro masih banyak digemari dan semakin menonjol dengan pelancaran X-A3 baru daripada Fujifilm, yang menggabungkan keanggunan yang tidak ditelan zaman dengan teknologi serba canggih dan kamera ini pasti menambat hati generasi jurugambar muda yang amat meminati selfie.

Sebagai produk terbaru dalam rangkaian kamera retro ikonik Fujifilm yang laris, X-A3 menggabungkan gaya hebat dan reka bentuk canggih dengan ciri selfie generasi baru. Kamera tanpa cermin kelas entry-level ini ialah aksesori paling unggul yang boleh dimiliki oleh mereka yang menghargai keseronokan merakamkan potret diri yang berkualiti tinggi, unik dan kreatif.

Bersesuaian dengan namanya, X-A3 ialah susulan kepada model X-A2 dan memaparkan reka bentuk retro yang meningkatkan lagi daya tarikannya dan memberikan pentafsiran serba baru kepada fotografi canggih. Menawarkan tiga pilihan warna, anda boleh memilih salah satu yang sesuai dengan gaya dan personaliti anda.

Serba canggih

X-A3 baru bukan hanya kamera selfie yang menyeronokkan. Malah, kamera ini juga menggabungkan sensor 24 megapixel dengan teknologi penghasilan semula warna hak milik Fujifilm untuk mencipta potret yang canggih, menjadikannya kamera terbaik untuk penggemar selfie.

Buat kali pertama, X-A3 dilengkapi dengan skrin sentuh LCD berukuran tiga inci yang boleh dicondongkan sehingga 180 darjah. Tambahan lagi, selfie boleh diambil dengan menekan butang arahan di belakang kamera, dan juga membolehkan kamera dipegang dengan lebih erat.

Majlis pelancaran bagi Wonder Photo Shop di Malaysia.
Majlis pelancaran bagi Wonder Photo Shop di Malaysia.

Penggemar selfie pasti gembira dengan fungsi penetap masa baru X-A3, termasuk Smile Detection, Buddy Timer dan Group Timer yang boleh digunakan apabila skrin dicondongkan ke hadapan dan pengatup diaktifkan secara automatik apabila seseorang senyum atau apabila dua orang atau lebih masuk ke dalam bingkai gambar.

Kamera ini juga mempunyai keupayaan Wi-Fi yang sedia terbina untuk menghubungkan pencetak Instax SHARE untuk mencetak gambar serta-merta, memindahkan gambar ke telefon pintar atau tablet anda, atau untuk melakukan pengambilan gambar secara jarak jauh.

Ciri lain termasuk Eye Detection AF untuk fokus yang tepat terhadap butiran terperinci wajah dan mod Portrait Enhancer untuk mencerahkan warna kulit bagi menghasilkan potret diri yang digubah dan didedahkan dengan baik.

Fujifilm X-A3 boleh didapati dalam warna perak, coklat atau merah jambu mulai bulan November pada harga jualan RM2,888 termasuk kanta XC16-50mm.

Untuk memperlihatkan rupa bentuk bergaya dan anggun pada X-A3 baru, Fujifilm juga menganjurkan satu pertunjukan fesyen hebat yang memaparkan gaya rekaan Hatta Dolmat, yang merupkan pemenang anugerah pereka fesyen Malaysia, yang terkenal kerana rekaan busana yang bergaya dan menakjubkan.

Hatta Dolmat ialah bintang yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen tempatan dan juga terkenal dengan rekaan khas busana dan juga pakaian pengantin yang luar biasa. Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Design Award Ethnic Chic 2007 di Singapura.

“Usaha sama ini merupakan yang pertama bagi Fujifilm bersama seorang pelopor fesyen, dan kami teruja untuk berkongsi koleksi istimewa Hatta, “FUJIFILM X HATTA” yang terdiri daripada kemeja-T eksklusif edisi terhad dan tali kamera yang digantung pada leher,” kata Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, En Yoshitaka Nakamura di majlis pelancaran.

Wonder Photo Shop

Fujifilm juga mengumumkan pembukaan rasmi Wonder Photo Shop di Sunway Pyramid sempena pelancaran X-A3.

Pelancaran kamera X-A3 daripada Fujifilm di Sunway Pyramid.
Pelancaran kamera X-A3 daripada Fujifilm di Sunway Pyramid.
Fujifilm X-A3 boleh didapati dalam warna perak, coklat atau merah jambu mulai bulan November ini.
Fujifilm X-A3 boleh didapati dalam warna perak, coklat atau merah jambu mulai bulan November ini.

Wonder Photo Shop baru ialah kedai konsep pertama sepertinya di Malaysia yang bertujuan mengubah pengambilan gambar secara lazim dengan meletakkan pengalaman pelanggan sebagai tumpuan utama dalam mengabadikan kenangan manis dengan menjadikan proses mengambil gambar menyeronokkan dan menghiburkan.

Gedung ini menawarkan konsep percetakan terus daripada telefon pintar dengan Wonder Print Station yang membolehkan pelanggan mengakses gambar serta-merta dan mengubah cetakan mereka menjadi hasil seni ciptaan sendiri yang boleh digunakan sebagai hadiah atau cenderahati sabagai tanda ingatan.

“Kami harap ini akan menggalakkan golongan muda untuk mencetak gambar daripada telefon pintar dalam suasana yang menyeronokkan dan kreatif untuk memastikan mereka mempunyai gambar bercetak sebagai tanda kenangan,” kata Nakamura.

Sempena dengan pelancaran Wonder Photo Shop, Fujifilm melancarkan promosi perayaan Krismas dan Tahun Baru, kit Harajuku. Pakej ini terdiri daripada kamera Mini 8, album mini, pek filem tunggal, kad hadiah dan bingkai gambar mini akrilik.

Untuk meraikan pembukaan tersebut, Fujifilm juga mengumumkan pelantikan baru duta jenama, ratu gimnastik artistik negara Farah Ann, di majlis pelancaran rasmi X-A3 yang diadakan di Sunway Pyramid.

Farah Ann yang berusia dua puluh dua tahun mula melibatkan diri dalam sukan gimnastik artistik pada usia tiga tahun. Sebagai ahli Pasukan Pelapis Kebangsaan (MAG) pada usia 10 tahun, Farah Ann telah mewakili Malaysia di pentas Asia dan juga di dalam pertandingan global.

“Farah Ann ialah seorang wanita yang yakin dan bersungguh-sungguh, dan beliau menjadi inspirasi bagi generasi muda. Kami percaya beliau akan membawa manfaat besar kepada jenama untuk berkongsi detik-detik indahnya dalam sukan gimnastik artistik. Pada masa yang sama, kami harap produk kami akan membantu pengguna mengabadikan dan berkongsi saat manis mereka,” tambah Nakamura.