Seluar SpongeBob membawa padah

Seluar SpongeBob membawa padah

TEHRAN, 8 Jun – Penjaga gol kebangsaan Iran, Sosha Makani telah digantung bagi tempoh enam bulan atas kelakuan ‘tidak senonoh’, termasuk memakai apa yang pihak media gelar ‘seluar SpongeBob,’ agensi berita ISNA melaporkan hari ini.

Majlis akhlak persekutuan bola sepak Iran menamakan pakaian Makani adalah salah satu sebab atas hukuman itu.

“Antara perkara yang dikaji ialah pakaian yang tidak konvensional dan tidak sesuai Sosha Makani,” ia mengatakan mengenai pemain berusia 29 tahun itu, yang bermain buat kelab Persepolis, kelab divisyen pertama Iran musim lepas.

Keputusan itu belum muktamad dan boleh membuat rayuan, menurut ISNA.

Iran adalah negara Islam konservatif dengan undang-undang pakaian yang ketat, termasuk kewajiban memakai tudung dalam kalangan wanita.

Sosha Makani digantung bagi tempoh enam bulan atas tindakannya itu. – AFP
Sosha Makani digantung bagi tempoh enam bulan atas tindakannya itu. – AFP

Pakaian Makani telah menarik perhatian media setempat, yang menyamakan pakaiannya seperti karakter animasi Amerika SpongeBob.

Dalam satu gambar yang disebarkan di media sosial, Makani dilihat dalam pakaian berwarna-warni, memakai seluar kuning dengan bintik hitam, baju t biru, tali pinggang hitam, dan kasut converse biru.

Hukuman itu mungkin berkaitan dengan kontroversi sebelumnya pada bulan Januari apabila Makani ditahan dan dibawa ke penjara Evin yang terkenal di Tehran selepas gambar-gambarnya dalam kehadiran para wanita bocor di Internet.

Dalam gambar-gambar itu dia dilihat menari dan berpelukan dengan wanita itu. Dalam satu gambar berkumpulan, wanita yang dilihat memakai baju gaun bergaris leher rendah sementara Makani dan seorang lagi lelaki memakai seluar pendek bersama bowtie dan baju sut. – AFP