Seludup barang kawalan

Seludup barang kawalan

SANDAKAN, 21 Ogos (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Sandakan (DM17) menahan sebuah bot nelayan membawa pelbagai barang kawalan yang disyaki untuk diseludup ke Filipina, di perairan Pulau Billean semalam.

Anggota APMM yang sedang meronda perairan Pulau Billiean telah memeriksa bot itu yang bergerak dari Kudat menuju ke Pulau Kagayan, Filipina selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.05 pagi.

Ketua Penguatkuasa DM17, Kapt Maritim A. Razak Abd Rahman berkata seorang tekong dan tiga awak-awak berumur antara 30 dan 50 tahun telah diperiksa dan disyaki memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.