Seluruh dunia rai Hari Yoga ke-2

Seluruh dunia rai Hari Yoga ke-2

CHANDIGARH, India, 21 Jun (AFP) – Perdana Menteri India, Narenda Modi menggelar yoga sebagai ‘pergerakan besar-besaran orang ramai’ ketika dia berada di atas tikar hari ini bersama dengan berjuta-juta yang lain di seluruh dunia untuk meraikan amalan lama itu.

Di seluruh India, kelasi, tentera, murid sekolah dan birokrat membongkok dan menggerakkan badan mereka bermula awal pagi pada sesi luar rumah besar-besaran untuk meraikan Hari Yoga Antarabangsa kedua.

Sesi itu juga diadakan di seluruh dunia termasuk di Sydney Opera House di mana tikar berwarna-warni diletakkan pada mercu tanda Australia, sementara warga Afghanistan dan asing berhimpun di kedutaan India di Kabul.

Modi yang menyukai Yoga, berpakaian sut balapan berwarna putih, mengetuai lebih dari 30,000 orang di utara bandar Chandigarh bagi sesi besar-besaran di mana mereka melakukan pergerakan dan senaman pernafasan di luar kompleks Capitol.

“Jangan tunggu, jadikan yoga sebahagian daripada kehidupan anda,” jelas Modi dalam ucapan ringkas untuk meraikan acara itu, idea yang berjaya dimintanya agar diserapkan PBB.

Narendra Modi (tengah) menyertai sesi yoga besar-besaran bersama pengamal yoga India lain untuk menandakan Hari Yoga Antarabangsa ke-2 di kompleks Capitol di Chandigarh pada 21 Jun. – AFP
Narendra Modi (tengah) menyertai sesi yoga besar-besaran bersama pengamal yoga India lain untuk menandakan Hari Yoga Antarabangsa ke-2 di kompleks Capitol di Chandigarh pada 21 Jun. – AFP

“Hari ini dikaitkan dengan kesihatan yang bagus dan sekarang ia menjadi pergerakan besar-besaran orang ramai,” kata perdana menteri itu, 65.

Modi berehat sebentar untuk memeriksa pergerakan pengikut yoganya, yang melibatkan penuntut dan tentera, sebelum kembali ke tempatnya.

Menteri-menterinya juga dihantar ke bandar-bandar raya di seluruh India untuk bersenaman di samping murid-murid sekolah, sementara tentera laut menghantar gambar-gambar kelasi sedang beryoga di atas tikar, kapal pengangkutan pesawat.

Modi, memuji amalan yoga dengan keupayaannya yang dapat bertugas pada masa yang panjang dengan tidur sedikit, mengetuai inisiatif itu mengembalikan amalan itu sebagai sejarah sebahagian budaya India selepas kerajaan nasionalis Hindu pimpinannya berkuasa pada 2014.

ARTIKEL YANG SAMA