Seluruh rakyat mendoakan

Seluruh rakyat mendoakan

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN,15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Keugamaan Solat Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69 tahun, di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Keberangkatan Baginda dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badarudin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan berkenaan.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta ahli kerabat diraja yang lain.

p01-1_20150716 p01-2_20150716 p01-3_20150716

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah semasa berangkat  ke Majlis Keugamaan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah semasa berangkat ke Majlis Keugamaan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin.

p01-5_20150716 p01-6_20150716

Juga hadir ialah menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan, serta rakyat dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Zohor berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, diikuti dengan solat sunat hajat diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohidin.

Bagi memberkati majlis, doa kesyukuran telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Acara sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan bermula pada 15 Ogos ini dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien dan disusuli dengan Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

Sambutan tradisi turun temurun itu tidak syak lagi merupakan satu simbol kekukuhan perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk di Brunei dan adalah sinonim dengan kemajuan, keamanan dan kemakmuran berterusan yang terhasil dari kepimpinan seorang raja yang bijaksana lagi berjiwa rakyat.

ARTIKEL YANG SAMA