Semai budaya ...

Semai budaya membaca

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Feb – Bagi menghidupkan budaya membaca di setiap sekolah, Unit Sumber Sekolah di Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Guru Perpustakaan di Bilik Perpustakaan, Sekolah Menengah Muda Hashim, Daerah Tutong.

Bengkel yang dijalankan selama dua hari bermula kelmarin itu telah disertai seramai 21 orang guru dan pengawas perpustakaan sekolah-sekolah bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait.

Turut hadir di bengkel tersebut ialah Ketua Unit Sumber Sekolah, Haji Zakaria bin Haji Duraman.

Haji Zakaria ketika ditemu bual menjelaskan, bengkel tersebut adalah bagi menyampaikan cara-cara bagaimana mengendalikan perpustakaan dengan lebih baik dan teratur. Ini kerana terdapat beberapa buah sekolah pendalaman atau sekolah yang mempunyai pelajar yang sedikit tidak mempunyai perpustakaan.

Antara yang menyertai Bengkel Guru Perpustakaan yang dijalankan di Sekolah Menengah Muda Hashim, Daerah Tutong.
Antara yang menyertai Bengkel Guru Perpustakaan yang dijalankan di Sekolah Menengah Muda Hashim, Daerah Tutong.

Bengkel telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari Unit Sumber Sekolah yang menyampaikan cara-cara pengendalian perpustakaan dan seterusnya menyampaikan cara-cara menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Di samping itu, para peserta bengkel juga mengadakan lawatan ke perpustakaan-perpustakaan Sekolah Rendah Tutong Kem dan Sekolah Rendah Muda Hashim, Daerah Tutong.

Dengan adanya bengkel ini, Ketua Unit Sumber Sekolah berharap setiap peserta akan dapat memahami dan dapat mengendalikan perpustakaan di sekolah mereka dengan baik.

ARTIKEL YANG SAMA