Semai ilmu keagamaan dalam diri

Semai ilmu keagamaan dalam diri

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANGAR, 28 Ogos – Jabatan Pengajian Islam cawangan Daerah Temburong telah menganjurkan Pertandingan Nasyid, Azan Subuh dan Membaca Doa Qunut bagi Sekolah Persediaan Arab dan Ugama Daerah Temburong sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 Tahun bertempat di Pentas Perayaan, Padang Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di sini.

Pertandingan tersebut merupakan salah satu usaha dalam sama-sama menyemarakkan lagi acara perayaan yang berbentuk keagamaan yang diharap dapat menjurus murid-murid sekolah di peringkat rendah lagi dengan perkara-perkara kerohanian dan mendedahkan mereka dengan Bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran.

Dalam pertandingan tersebut, kategori Nasyid telah dijuarai oleh pasukan dari Sekolah Ugama Bokok, naib juara pula disandang oleh pasukan dari Sekolah Ugama Pengiran Muda Muhammad Bolkiah Bangar manakala di tempat ketiga pula pasukan dari Sekolah Persediaan Arab Temburong.

Kategori Laungan Azan Subuh dan Doanya, Awang Muhammad Sahrizan Safiq bin Muhd Amrul Affindi dari Sekolah Ugama Selangan di tempat pertama.

Wajah ceria salah sebuah pasukan yang turut bertanding.
Wajah ceria salah sebuah pasukan yang turut bertanding.

Sementara Awang Zaquan Mukri Afiq bin Ismail dari Sekolah Ugama Senukoh di tempat kedua dan Awang Abdul Fayid bin Muncit di tempat ketiga dari Sekolah Ugama Labu Estate.

Kategori Membaca Doa Qunut bagi Murid Perempuan, juara disandang oleh Dayang Munirah binti Mohd Ruhaimi mewakili Sekolah Ugama Sultan Hashim Batu Apoi, sementara naib juara ialah Dayang Nurazni Ayuni binti Alihassan dari Sekolah Ugama Piasau Piasau.

Di tempat ketiga pula ialah Dayang Nur Amalina binti Muhammad Hussain wakil dari Sekolah Ugama Selapon.

Hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama, cawangan Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit.

ARTIKEL YANG SAMA