Semai pengetahuan buah dan sayur

Semai pengetahuan buah dan sayur

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai pengambilan pemakanan sihat melalui buah-buah dan sayur-sayuran, Kindergarten Sekolah Menengah Chung Hwa, baru-baru ini telah mengadakan Pameran Buah dan Sayur yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Pameran seumpama itu diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran, di samping memberi peluang untuk menghidu, menyentuh dan menimbang berat setiap buah dan sayur yang dipamerkan.

Selain itu, para murid juga diberikan peluang untuk membezakan di antara sayur dedaun dan bukan dedaun, diikuti dengan aktiviti merasa beberapa jenis buah dan menceritakan pengalaman mereka mengenai rasa dan warnanya.

Murid-murid ditunjukkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Murid-murid ditunjukkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Timbalan Pengetua, Dayang Shim Maling dalam kenyataan akhbar menyatakan, pameran seperti itu adalah untuk menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan pemakanan sihat dan membiasakan mereka tentang nama dan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Acara seumpamanya akan diharap dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA