Semai semangat bekerjasama

Semai semangat bekerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Untuk meningkatkan lagi usaha memberi balik kepada masyarakat dan produktiviti kakitangan menerusi semangat kesukarelawanan, Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP), telah menganjurkan aktiviti khidmat kerja kemasyarakatan di Rumah Orang-orang Tua Seria, hari ini.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Perhubungan dan Hal Ehwal Luar, Kumpulan Kebajikan Integriti Penyelenggaraan Timur (EMI) dan Jawatankuasa Lepasan GENERATE BSP.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, aktiviti itu bertujuan untuk mewujudkan legasi dan nilai positif bagi masyarakat tempatan dan menggalakkan kerjasama antara kakitangan di seluruh jabatan.

Aktiviti sehari itu melibatkan para sukarelawan mengecat semula dan membersihkan bilik-bilik penghuni serta membuat landskap dan menghias bilik-bilik mereka bagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Majoriti penghuni rumah berkenaan adalah berbangsa Cina.

Dengan sambutan Tahun Baru kurang daripada sebulan sahaja lagi, ada warga di negara ini yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai ahli keluarga menetap di negara ini.

Beberapa orang sukarelawan semasa melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan luar Rumah Orang-orang Tua Seria.
Beberapa orang sukarelawan semasa melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan luar Rumah Orang-orang Tua Seria.
Antara yang menyertai kerja-kerja sukarelawan tersebut ketika mengecat rumah berkenaan.
Antara yang menyertai kerja-kerja sukarelawan tersebut ketika mengecat rumah berkenaan.
Kerja-kerja menanam pokok bunga bagi menghiasi kawasan halaman rumah tersebut.
Kerja-kerja menanam pokok bunga bagi menghiasi kawasan halaman rumah tersebut.

pg09_160130_b pg09_160130_d

Sesi khidmat masyarakat petang tadi turut merangkumi sukarelawan menjamu selera dan beramah mesra bersama penghuni dan mendengar kisah kehidupan mereka.

Sebelum ini, kempen mengumpul dana telah dilaksanakan di seluruh jabatan BSP untuk mengutip dana membeli barangan, makanan dan keperluan lain bagi rumah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA