Semai semangat kenegaraan

Semai semangat kenegaraan

Gambar ihsan ITQSHHB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, meneruskan Program Taklimat Kenegaraan menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan khususnya bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, pusat tingkatan enam dan sekolah-sekolah menengah seluruh negara Tahun 2015.

Program hari ini diadakan bagi pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan dihadiri seramai 245 pelajar Tahun 7 dan 10 serta tenaga pengajar.

Turut hadir di majlis itu ialah Pemangku Pengetua, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dan Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar, Haji Awang bin Haji Aji.

Pemangku Pengetua (kanan) menerima cenderahati daripada Haji Dayang dari Jabatan Penerangan.
Pemangku Pengetua (kanan) menerima cenderahati daripada Haji Dayang dari Jabatan Penerangan.

Program taklimat tersebut antara lain bertujuan mengoptimumkan penghayatan dan pemahaman terhadap lagu kebangsaan dan bendera negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, bernegara, beragama yang berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja.

Ia juga bagi menyemai perasaan cintakan bangsa, agama, raja dan negara di samping mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri melalui bendera negara dan lagu kebangsaan; dan memapankan usaha-usaha yang telah sedia ada dalam menggalakkan mahasiswa-mahasiswi untuk menghormati serta menjiwai bendera negara dan kagu kebangsaan.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Haji Dayang bin Haji Kasim.

ARTIKEL YANG SAMA