Semai semangat patriotisme penghuni Al-Islah

Semai semangat patriotisme penghuni Al-Islah

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 17 Feb – Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan, pagi kelmarin telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi penghuni Pusat Al-Islah.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail pada taklimat yang berlangsung di Dewan Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik (BKN), di sini.

Dalam taklimat tersebut, Awang Eddy Iswandy menjelaskan mengenai sejarah bendera dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta menyingkap sejarah Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan terperinci.

Antara tujuan taklimat tersebut adalah sebagai salah satu usaha Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan para penghuni berkenaan untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara ini.

Awang Eddy Iswandy ketika menyampaikan taklimat kenegaraan kepada para penghuni Pusat Al-Islah.
Awang Eddy Iswandy ketika menyampaikan taklimat kenegaraan kepada para penghuni Pusat Al-Islah.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Narkotik iaitu Timbalan Komandan Pusat Al-Islah, Dayang Siti Norhadinah binti Haji Marsal bersama pegawai-pegawai kanan BKN dan Jabatan Penerangan.

ARTIKEL YANG SAMA