Semangat ‘Generasi Berwawasan’ terserlah

Semangat ‘Generasi Berwawasan’ terserlah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani, Siti Nur Wasimah S & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Dengan mendokong tema ‘Generasi Berwawasan’, persembahan padang bagi Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini, telah melibatkan seramai 6,832 orang belia yang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Persembahan ini membawa segenap lapisan masyarakat untuk menghayati peranan mereka dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 melalui perubahan (anjakan) minda.

Hambatan yang menimpa negara daripada aspek teknologi, ideologi dan ekonomi merupakan peluang generasi masa kini untuk mencapai kejayaan dan generasi berwawasan akan tetap menggunakan kesempatan meningkatkan kecemerlangan seterusnya menjadikan bangsa dan negara berdaya saing.

Tema sambutan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang di samping melahirkan pemimpin berwibawa dan cemerlang.

pg03_160224_a

pg03_160224_b

pg03_160224_d

pg03_160224_c

pg03_160224_e

Persembahan padang daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan.
Persembahan padang daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan.

Persembahan telah dibahagikan kepada beberapa segmen dengan yang pertama dinamakan sebagai ‘Hasil Mahsul Negara’, bererti negara menikmati pembangunan hasil sumber alam (minyak dan gas) dan ia menunjukkan corak sumber alam.

Kemudian, segmen ‘Mempelbagaikan Ekonomi’ pula menampilkan persembahan bercorakkan ekonomi, yang bermaksud rancangan-rancangan kemajuan negara menekankan usaha mempelbagaikan ekonomi wawasan agar Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tidak lagi bergantung kepada sumber alam malahan pelbagai industri turut menyumbang kepada kemajuan.

Manakala itu, segmen ‘Laungan Takbir’ memperlihatkan corak Allah Maha Besar, yang membawa erti lafaz takbir menandakan negara merdeka.

Orang ramai menyaksikan persembahan pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Orang ramai menyaksikan persembahan pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

pg03_160224_g

Persembahan kemudian disusuli dengan segmen ‘Erti Kemerdekaan’ yang bercorakkan 1984, Merdeka dan Berdaulat dan diteruskan lagi dengan segmen ‘Hambatan Negara’ yang menunjukkan corak peluang kita.

Segmen ‘Menuju Wawasan’ yang bercorakkan anjakan minda pula membawa erti untuk mencapai kecemerlangan dan menuju Wawasan Brunei 2035, anjakan minda perlu bagi merealisasikan peluang yang ada dan ketahanan nasional wujud daripada perubahan sikap dan pemikiran ke arah sesuatu kebaikan.

Persembahan padang diakhiri dengan segmen ‘Wawasan Kita’ yang memberi corak persembahan Berdaya Saing yang bermaksud berdaya saing lahir daripada generasi yang melihat jauh, berwawasan akan sama-sama berperanan meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara.

ARTIKEL YANG SAMA