Semangat kent...

Semangat kental rakyat Aceh daripada kemusnahan Tsunami 2004

BANDA ACEH – Alunan lagu dodoi tradisional Aceh yang menjadi muzik latar visual tragedi Tsunami lebih sedekad lalu di Muzium Tsunami Aceh, pasti meruntun hati mereka yang mendengarnya. Tanpa perlu memahami maksudnya, suara mendayu nyanyian Cut Aja Rizka itu seolah-olah membawa kita kembali kepada detik cemas yang melanda bandar itu pada awal pagi tanggal 26 Dis 2004.

Perjalanan menjejak kesan tinggalan tragedi sedih itu bermula di muzium tsunami yang dibuka pada tahun 2009, yang dilihat sebagai simbolik kejadian yang meragut 230,000 nyawa itu. Perasaan penulis begitu terusik tatkala melalui sebuah lorong gelap sepanjang 50 meter, sambil ditemani bacaan zikir dan bunyi air mengalir deras seolah-olah membawa kita kembali kepada suasana pagi Ahad ketika kejadian menyayat hati itu berlaku.

Airmata penulis akhirnya berderai apabila tiba di sebuah bilik yang mempunyai 3,800 ukiran nama mangsa tsunami mewakili kesemua mereka yang terkorban sambil mendengar alunan bacaan Al-Quran sebagai sedekah kepada mereka yang telah pergi.

Semangat juang masyarakat Aceh

Ketika mendengar lagu “Doda idi Bela Nanggroe” itu, pemandu pelancong yang bersama penulis ketika itu menjelaskan maksud lirik lagu berkenaan. Mohamad Effendi Acek, atau lebih senang dipanggil Mr Ferry, berkata setiap kali mendengar lagu itu, dia terasa sayu meskipun lagu itu sebenarnya sudah wujud sebelum tragedi tsunami itu berlaku.

m4 Aceh - 3_160217

Bagaimanapun, menurutnya lagu itu sering dimainkan selepas tragedi berkenaan seolah-olah sebagai pembakar semangat kepada masyarakat Aceh untuk bangkit semula daripada kesedihan. “Sampai sekarang kalau dengar lagu ini, hati saya terusik, buatkan hati saya ingin terus bangkit berjuang,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui pada Misi Kemanusiaan Johor Corporation-Kelab Media Johor (KMJ) Prihatin Aceh baru-baru ini.

Kata Mr Ferry lagi, lagu itu berbentuk nasihat seorang ibu kepada anaknya supaya jangan cepat mengaku kalah dan sentiasa berjuang walau apapun cabaran yang mendatang.

Lebih bersedia hadapi tsunami

Menurut Mr Ferry, ketika tsunami berlaku, tidak seorang pun tahu apa itu tsunami sehinggakan mereka tidak bersedia dan menyebabkan ramai yang terkorban. Selepas 12 tahun berlalu, bandar yang diberi jolokan “Serambi Mekah” itu bagaimanapun kini lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bukan sahaja banyak bangunan yang lebih bercirikan perlindungan menghadapi bencana, malah Muzium Tsunami Aceh itu direka khas supaya boleh dijadikan pusat pemindahan bencana yang dapat menampung sehingga 9,000 orang.

Pengalaman menghadapi tsunami juga diceritakan oleh generasi sebelum ini kepada generasi muda supaya dapat dijadikan panduan pada masa hadapan.

Menurut Mr Ferry, rakyat Aceh yang hilang ahli keluarga dan harta benda pada tragedi malang itu tidak mahu menjadikan ia alasan untuk terus bersedih di sebaliknya bangkit meneruskan kehidupan mereka.

Mahu jadi pemanah negara

Di Asrama Anak Yatim Johor, kira-kira 20 minit dari bandar, penulis bertemu dengan seorang anak muda yang bercita-cita mahu menjadi pemanah negara. Ketika tragedi itu, Mohd Siddiq Mohd Dahlan, baru berusia enam tahun, namun ingatannya tetap jelas akan kejadian yang berlaku pada ketika itu yang meragut nyawa ibunya Fatmawati dan tujuh adik beradiknya.

Remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun bersyukur masih mempunyai abang dan berpeluang meneruskan pengajian sepanjang menjadi penghuni di asrama yang diwujudkan khas buat anak yatim selepas tsunami.

Ketika menceritakan kisahnya, Mohd Siddiq menutup mata sambil airmatanya bercucuran membuatkan penulis dan rakan-rakan tidak dapat menahan perasaan sehingga turut menitiskan airmata. “Cita-cita saya nak jadi pemanah negara kak. Harap termakbul satu hari nanti,” katanya kepada penulis dengan wajah yang kembali ceria. Mohd Siddiq yang kini berada di Sekolah Menengah Atas, bakal menamatkan pengajiannya tidak lama lagi.

Kisah Sulaiman jadi teladan

Kisah Sulaiman yang tetap memberi perhatian berat kepada solat meskipun berdepan dengan keadaan getir mengingatkan betapa kadang kala sesetengah daripada kita culas melakukan ibadah walaupun berkesempatan.

Masjid itu kini bukan sahaja dikunjungi rakyat setempat malah sentiasa menjadi pilihan mereka yang berkunjung ke Aceh bagi mengingati kebesaran Allah yang Maha Esa.
Masjid itu kini bukan sahaja dikunjungi rakyat setempat malah sentiasa menjadi pilihan mereka yang berkunjung ke Aceh bagi mengingati kebesaran Allah yang Maha Esa.
Masyarakat Aceh dikenali kerana rajin bekerja dan telah mengajar kita satu perkara iaitu adalah tidak mustahil untuk bangkit semula daripada kesedihan.
Masyarakat Aceh dikenali kerana rajin bekerja dan telah mengajar kita satu perkara iaitu adalah tidak mustahil untuk bangkit semula daripada kesedihan.

Dia bukan sahaja kehilangan isteri dan anaknya, malah kampung itu yang dahulunya mempunyai seramai 7,000 penduduk itu kini hanya tinggal 700 penghuni.

Wajah Sulaiman yang sentiasa tenang sepanjang penceritaannya itu dan kisahnya ketika tsunami, boleh dijadikan pedoman anak muda masa kini. Beliau yang sudah pun berkahwin semula, redha akan ketentuan Maha Esa.

Beliau kini hidup bahagia di samping isteri, anak dan menantunya dan kelihatan masih sihat dan kuat memimpin para jemaah di masjid berkenaan. Kini, masjid itu bukan sahaja dikunjungi rakyat setempat malah sentiasa menjadi pilihan mereka yang berkunjung ke Aceh bagi mengingati kebesaran Allah yang Maha Esa.

Misi kemanusiaan bawa keinsafan

Sepanjang tiga hari misi kemanusiaan JCorp-KMJ Prihatin Aceh di Banda Aceh dan Pidie Jaya, penulis melihat betapa kuatnya semangat rakyat Aceh meskipun banyak menderita dilanda tsunami lebih sedekad lepas. Misi yang berlangsung dari 25-27 Jan itu disertai 30 wakil media cetak dan elektronik dari Johor termasuk tujuh kakitangan JCorp. Di samping memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi Disember lalu, kami juga menziarahi tempat yang terjejas akibat tsunami 2004.

Di setiap tempat yang dilawati, kami bertemu rakyat Aceh yang berkongsi pengalaman serta perjalanan hidup mereka selepas kejadian yang menyayat hati Itu. Dari perkuburan korban tsunami terbesar yang menempatkan sebanyak 46,718 orang sehingga pertemuan seketika dengan sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar perbidanan di Masjid Ahlissilsilah di Gampong Reuduo Kecamatan Pante Raja, Pidie Jaya, hati penulis terus diusik hiba.

Aceh dalam ingatan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya, bukan mudah bagi penulis melalui Banda Aceh tanpa terkesan di hati terutama apabila mendengar pengalaman dan kisah sedih mereka yang terselamat dari malapetaka yang tidak diduga itu.

Namun, masyarakat Aceh, yang sangat dikenali sebagai rajin bekerja, mengajar kita satu perkara iaitu “adalah tidak mustahil untuk bangkit semula daripada kesedihan”. Seperti kata Mr Ferry:”Kami baru lulus ujian. Kami bukan menjual mayat dan bukan menjual kesedihan tetapi kami bangkit daripada ujian ini (tsunami).” – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA