Semarak bulan Ramadan sambil beramal

Semarak bulan Ramadan sambil beramal

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – I Lyke Toh Entertaiment dengan kerjasama Restoran New Star Box Cafe & Grill, hari ini, telah mengadakan Majlis Amal Insan dengan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang berlangsung di restoran berkenaan, di sini.

Penolong Pengurus I Lyke Toh Entertaiment, Mohd Jaynudden bin Haji Jaya, dalam ucapan alu-aluannya, berkata majlis seumpamanya diadakan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan sambil beramal.

Menurutnya, majlis itu juga bertujuan untuk menyampaikan sumbangan keperluan kepada Dayang Siti Maria binti Abu Bakar, ibu tunggal kepada tiga orang anak lelaki, sekali gus berbuka puasa bersama ahli keluarga beliau dan ahli-ahli I Lyke Toh Entertaiment.

Dayang Siti Maria hanya mengharapkan bantuan daripada Baitulmal setiap bulan, dan tinggal di sebuah rumah kedai di Limau Manis bersama ibunya yang sakit dan abangnya yang bekerja sebagai kontrak upah persendirian untuk membantu membiayai keluarga beliau.

Anak bungsu Siti Maria, Awang Mohamad Salem (kiri) menerima sumbangan daripada Pengurus I Lyke Toh Entertaiment.
Anak bungsu Siti Maria, Awang Mohamad Salem (kiri) menerima sumbangan daripada Pengurus I Lyke Toh Entertaiment.
Ahli-ahli I Lyke Toh Entertaiment bergambar ramai bersama keluarga Dayang Siti Maria.
Ahli-ahli I Lyke Toh Entertaiment bergambar ramai bersama keluarga Dayang Siti Maria.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus I Lyke Toh Entertainment, Dayang Norazarina binti Haji Zaini dan Pengurus New Star Box Cafe & Grill, Hajah Noratika binti Haji Abdullah yang diterima oleh anak bongsu Dayang Siti Maria, Awang Mohamad Salem bin Abdul Rahim.

Terdahulu sebelum berbuka puasa, majlis tahlil dan doa kesyukuran juga diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA