Semarak hari kebesaran Islam

Semarak hari kebesaran Islam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Sept – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kampung Kiudang, Tutong telah mengadakan majlis korban dan akikah yang diadakan di perkarangan masjid berkenaan, baru-baru ini.

Sebanyak lapan ekor kerbau telah dikorbankan dengan daging-dagingnya diagihkan kepada golongan orang yang memerlukan khusus bagi mereka yang tinggal di sekitar Mukim Kiudang.

Pengagihan daging korban dan akikah telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin; Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohd Saiful bin Abdullah Anja dan Ketua Kampung Bakiau, Haji Taib bin Haji Jaludin.

Haji Abdul Rahim ketika menyampaikan agihan daging korban kepada mereka yang terpilih.
Haji Abdul Rahim ketika menyampaikan agihan daging korban kepada mereka yang terpilih.

Tahun ini, seramai 56 orang telah menyertai ibadah korban dan akikah yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta penduduk Kampung Kiudang.

Ibadah korban ini merupakan salah satu aktiviti tahunan masjid berkenaan bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk merapatkan jalinan ukhuwah sesama masyarakat Islam.

ARTIKEL YANG SAMA