Semarak Maulud Nabi

Semarak Maulud Nabi

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1437 Hijrah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri Majlis Perarakan Maulidur Rasul 1437H.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri Majlis Perarakan Maulidur Rasul 1437H.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah ketua pasukan yang menghadiri perarakan Maulud Nabi S.A.W.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah ketua pasukan yang menghadiri perarakan Maulud Nabi S.A.W.

pg04_151225_f

pg04_151225_c

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada salah seorang peserta yang mengikuti perarakan Maulud Nabi S.A.W.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada salah seorang peserta yang mengikuti perarakan Maulud Nabi S.A.W.

pg01_151225_b

Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung berarak sempena Maulud Nabi S.A.W.
Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung berarak sempena Maulud Nabi S.A.W.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kerabat diraja lain mengetuai perarakan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kerabat diraja lain mengetuai perarakan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul.
Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan mendahului majlis perarakan tersebut.
Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain berkenan mendahului majlis perarakan tersebut.
Ahli kerabat diraja yang lain berangkat pada Majlis Perarakan tersebut.
Ahli kerabat diraja yang lain berangkat pada Majlis Perarakan tersebut.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin yang antara lain menyembahkan bahawa perhimpunan berkenaan disertai oleh sebanyak 143 buah pasukan yang terdiri daripada pasukan sekolah-sekolah menengah, maktab, institusi pengajian tinggi, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, majlis-majlis perundingan kampung dan takmir masjid yang dianggarkan berjumlah sekitar 12,000 orang.

Menurut Yang Berhormat Pehin, pada tahun ini, perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W merangkumi perjalanan sejauh 3.7 kilometer mengelilingi sebahagian ibu negara, Bandar Seri Begawan.

Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama.
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama.
Mufti Kerajaan ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.
Mufti Kerajaan ketika memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Katanya, Brunei menyambut dengan cara dan corak amalan keagamaan yang sama sekali tidak menyalahi akidah dan syariah bahkan sebaliknya perayaan dan sambutan Maulud Nabi menjadi sebahagian pemangkin ajaran Islam yang terbukti telah memberkati negara sebagai negara berpemerintahan beraja yang adil menyatupadukan sekalian rakyat dengan kerajaan dan di antara sesama rakyat termasuklah antara yang Islam dengan yang bukan Islam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan berangkat menerima junjung ziarah daripada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan agung berkenaan.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Kementerian Kewangan dan sebaik sahaja sampai kepada “Ya Habibi” tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan ke udara oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Maulidur Rasul turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban.
Maulidur Rasul turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban.

pg04_151225_m

Antara yang menyertai majlis perarakan tersebut.
Antara yang menyertai majlis perarakan tersebut.

pg04_151225_l

pg04_151225_o

Seterusnya Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan untuk memohon berkat dan syafaat.

Sebelum perarakan bermula, bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dilaungkan sebanyak tiga kali dan seterusnya, Yang Berhormat Pehin menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta ahli kerabat diraja yang lain dan pembesar-pembesar negara untuk mengetuai perarakan berkenaan.

Sebaik sahaja perarakan dimulakan, Pasukan Sekolah-sekolah Arab dan Ugama melaungkan nasyid ‘Thalak Badri Alaina’.

Pada tahun ini, perhimpunan perarakan dan perbarisan juga mempertandingkan lima kategori iaitu pasukan tidak bernombor yang disertai sebanyak 12 pasukan, kategori sekolah menengah/Arab/maktab/institusi pengajian tinggi/swasta sebanyak 28 pasukan, kategori kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sebanyak 18 pasukan, kategori persatuan-persatuan dan sektor swasta sebanyak 25 pasukan dan kategori kampung dan masjid sebanyak 30 pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA