Semarakkan hari kebesaran Islam

Semarakkan hari kebesaran Islam

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Izah Azahari

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Kementerian Pembangunan tidak ketinggalan menyemarakkan hari kebesaran Islam, dengan mengadakan Majlis Awal Tahun Baru Hijrah 1437 yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Majlis bermula dengan persembahan tausyeh oleh para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan tajuk ‘Taubat Seorang Hamba’.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi yang menghadiri majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi yang menghadiri majlis tersebut.

Kemudian ia diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Drs Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dengan membawakan tajuk ‘Islam Agama Allah Dari Dahulu Hingga Akhirat’.

Acara berkenaan merupakan kegiatan keagamaan dan aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

ARTIKEL YANG SAMA