Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Semarakkan Israk Mikraj

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj tahun 1444 Hijrah, hari ini.

    Ia diadakan secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, seluruh peringkat kepimpinan serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Isra’ (ayat 13–19) yang dibacakan oleh 50993 Lans Koperal Mohd Zulilmi bin Haji Julahia.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Reda Allah’ yang disampaikan oleh Haji Badaruddin bin Haji Basar dari Pusat Dakwah Islamiah.

    Majlis diteruskan dengan bacaan wirid dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Imam Surau Ad-Difa’, Awang Abdul Hakim bin Haji Bujang, dan diakhiri dengan Selawat Qiam serta sesi bergambar ramai.

    Timbalan Menteri Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan dan ABDB pada majlis sambutan Israk dan Mikraj.
    Antara yang hadir di majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...