Sembahyang berjemaah sempena Hari Hutan

Sembahyang berjemaah sempena Hari Hutan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Lebih 100 jemaah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan menghadiri Majlis Sembahyang Maghrib Berjemaah, Membaca Yasin, Doa Selamat dan Sembahyang Isyak Berjemaah sempena Hari Hutan Antarabangsa 2016.

Majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah berkenaan dihadiri oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan seterusnya membaca Doa Kesyukuran.

Majlis keagamaan tersebut merupakan anjuran Jabatan Perhutanan sebagai acara pembuka tirai bagi acara-acara sempena memperingati hari tersebut tahun ini yang telah dirancang dan disusun oleh jabatan berkenaan.

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bersama warga Jabatan Perhutanan menghadiri majlis keagamaan sempena Hari Hutan Antarabangsa di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah semalam.
Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bersama warga Jabatan Perhutanan menghadiri majlis keagamaan sempena Hari Hutan Antarabangsa di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah semalam.

ARTIKEL YANG SAMA