Sembahyang hindari segala kesulitan

Sembahyang hindari segala kesulitan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 21 Mei – Sembahyang dianggap kepala ibadah kerana mempunyai keistimewaan dan fadilat yang tidak terdapat dalam ibadah-ibadah lain, dan ibadah solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, serta dapat mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah.

Di samping itu, ibadah solat juga dapat meningkatkan rasa cinta kepada kebenaran dan tawaduk terhadap manusia selain melembutkan hati, membentuk kasih sayang dan sifat memaafkan serta membuang sifat benci dan balas dendam.

Perkara ini antara yang ditekankan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Nazir bin Haji Othman, ketika menyampaikan ceramah sempena Sambutan Israk dan Mikraj anjuran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, di Dewan Bandaran dekat sini, hari ini.

Haji Nazir seterusnya menyatakan, selaku Khalifah di atas muka bumi ini orang-orang Islam dituntut untuk beribadah kerana, katanya, kita diciptakan mempunyai matlamat dan tujuan dan bukan untuk bersenang-senang di dunia ini.

Penceramah undangan Haji Nazir ketika menyampaikan ceramah sempena Israk dan Mikraj Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Penceramah undangan Haji Nazir ketika menyampaikan ceramah sempena Israk dan Mikraj Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin.

Hampir 200 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menghadiri majlis tersebut yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama mereka dan juga bagi memperingati peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam semasa Israk Mikraj.

Majlis bertema “Sembahyang Penyelamat Kita” itu telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat diteruskan kemudiannya dengan penyampaian ceramah.

ARTIKEL YANG SAMA