‘Sembahyang kepala segala ibadat’

‘Sembahyang kepala segala ibadat’

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – “Ibadat sembahyang adalah kepala segala ibadat. Bayangkan kalau kepala bagus/sihat, maka bagus dan sihatlah kita. Jika kepala sakit atau pening saja, lain-lain anggota pun akan tidak keruan jadinya.

“Kalau nisbah kepada kehidupan pula, manusia kalau tidak ada kaki, masih saja boleh hidup, tetapi jika tidak adan kepala, boleh hidupkah? Tak boleh!

“Begitu fungsi kepala. Jadi sembahyang sebagai kepala ibadat, mesti ia dibuat, kalau tidak, lain-lain ibadat tidak ada ertinya,” tekan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan ucapan perasmian Bengkel Sembahyang yang berlangsung di Surau Jabatan Mufti Kerajaan.

Bengkel anjuran Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri menerusi Bahagian Ifta’ dan Buhuts itu diadakan dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Israk dan Mikraj 1436H/2015M, dan disertai oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan di samping belia-belia masjid dan saudara baru.

Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan ucapan perasmian Bengkel Sembahyang di Surau Jabatan Mufti Kerajaan.
Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan ucapan perasmian Bengkel Sembahyang di Surau Jabatan Mufti Kerajaan.

Ia dikendalikan secara teori oleh lima pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan iaitu Ketua Pegawai Penyelidik Ugama, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof; Pegawai Penyelidik Ugama Kanan, Haji Awang Mohammad Sofian bin Awang Tengah; Pegawai Istinbat Kanan, Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti; Pegawai Penyelidik Ugama, Dayang Renieyanti binti Haji Suny; dan Pegawai Tarbiah Ulama, Hajah Norasikin binti Haji Abdul Majid.

Menurut kenyataan Jabatan Mufti Kerajaan, bengkel bertema “Sembahyang Penyelamat Kita” ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta tentang ibadah sembahyang dengan memberikan penjelasan mengenai tatacara perlaksanaan ibadah sembahyang dengan lebih sempurna.

ARTIKEL YANG SAMA