‘Sembahyang Kunci Syurga’

‘Sembahyang Kunci Syurga’

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Kira-kira 400 pelajar Tahun 7 dan 8 Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) menghadiri ceramah khas sempena sambutan Israk Mikraj 2016, yang berlangsung di dewan gimnasium maktab itu.

Ceramah bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’ itu disampaikan oleh penceramah undangan, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar sementara penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab Kuiz Israk Mikraj telah disempurnakan oleh Pengetua Maktab SOAS, Awang Zamain bin Abdul.

Mereka yang menerima hadiah ialah Awang Mohd Akmal bin Haji Damit dari Tahun 7 Adv A, Awang Muhd Ammar Basyar bin Rosaimi dari Tahun 8 Adv A dan Awang Mohd Daniel Firdaus bin Roddy Suharddy dari Tahun 9 A4.

Pengiran Haji Hafizuddin menyampaikan ceramah khas sempena Sambutan Israk dan Mikraj.
Pengiran Haji Hafizuddin menyampaikan ceramah khas sempena Sambutan Israk dan Mikraj.

Guru Program Gunaan Khas, Maktab SOAS, Dayang Norolhoda binti Arpan ketika ditemu bual menjelaskan, ceramah khas itu dianjurkan bersama oleh jabatannya dan Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi yang termasuk dalam program khas bagi para pelajar.

Menurutnya, setiap sekolah menengah di negara ini disaran supaya memperuntukkan beberapa waktu belajar dalam seminggu untuk menganjurkan program khas termasuk aktiviti keagamaan.

Sehubungan itu, setiap jabatan di maktab itu diberi tanggungjawab untuk menganjurkan sesuatu program untuk pelajar seperti bengkel, latihan dan aktiviti-aktiviti ceria dan rekreasi yang dapat melibatkan para pelajar maktab itu.

ARTIKEL YANG SAMA