SembangChat, aplikasi bual interaktif pertama Malaysia

SembangChat, aplikasi bual interaktif pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Sembang Komunikasi Sdn. Bhd menawarkan aplikasi SembangChat iaitu sebuah aplikasi bual interaktif pertama di Malaysia dengan kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd.

Pengasas SembangChat juga Ketua Pegawai Operasi Sembang Komunikasi Mohd Hafizi Radzi berkata SembangChat adalah aplikasi mesej percuma yang dibangunkan untuk platform IOS dan juga Android.

“Aplikasi SembangChat boleh dimuat turun mulai Ogos 2015 bagi peranti IOS dan Jun 2015 bagi peranti Android,” katanya.

Pengasas bersama juga Ketua Pegawai Teknikal Sembang Komunikasi, Alan Yeap berkata pendapatan tambahan kini hanya di hujung jari menerusi aplikasi SembangChat.

“Antara kaedah-kaedah yang boleh menjana pendapatan di dalam aplikasi SembangChat ialah dengan memperkenalkan kepada rakan anda aplikasi SembangChat, memuat turun permainan yang disediakan dan berkongsi iklan tajaan.

“Ini menjadikan SembangChat sebagai aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pendapatan tambahan melalui ‘S-Coint’ dan ia boleh ditunaikan ke akaun bank pengguna,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL YANG SAMA