Sembilan bom perang dunia ditemui di Labuan

Sembilan bom perang dunia ditemui di Labuan

LABUAN, 18 Mei – Sembilan biji bom yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemui di Pulau Rusukan Besar di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata bom itu yang ditemui semasa kerja bergotong-royong telah diletupkan pada Ahad.

“Bom-bom yang masih aktif itu ditemui semasa kerja-kerja membersihkan pantai dilakukan,” katanya.

Pulau itu merupakan antara tiga buah pulau di Labuan yang digazet sebagai taman marin dan terkenal sebagai tempat penyu mendarat. – Bernama

Sebahagian bom yang ditemui semasa gotong-royong baru-baru ni. – Bernama
Sebahagian bom yang ditemui semasa gotong-royong baru-baru ni. – Bernama