Sembilan cedera serangan bom kereta di Afghan

Sembilan cedera serangan bom kereta di Afghan

KABUL, Afghanistan, 7 Dis – Seorang pegawai Afghan berkata serangan bom kereta di bahagian timur negara itu mencederakan sembilan orang termasuk enam anggota polis.

Jurucakap gabenor wilayah, Attaullah Khugyani, berkata pengebom mensasarkan kawasan balai polis awal pagi ini di daerah Surkh Rud di wilayah Nangarhar.

Beliau berkata tiga orang awam adalah di antara mangsa yang cedera dan letupan memusnahkan kawasan balai polis dan berbelas buah kedai berhampiran.

Jurucakap polis Hazrat Hussain Mashreqiwal berkata pengebom cuba memasuki kawasan balai polis tetapi gagal lalu meletupkan bom kereta di luar kawasan balai polis.

Anggota keselamatan Afghan memeriksa kawasan berlakunya serangan bom kereta di daerah Surkh Rud di wilayah Nangarhar, bahagian timur Kabul, Afghanistan, pada 7 Disember 2015. - Agensi
Anggota keselamatan Afghan memeriksa kawasan berlakunya serangan bom kereta di daerah Surkh Rud di wilayah Nangarhar, bahagian timur Kabul, Afghanistan, pada 7 Disember 2015. – Agensi

Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Taliban aktif di bahagian timur Afghanistan. Serangan pemberontak ke atas tentera Afghan dan orang awam semakin berleluasa di seluruh negara sejak pengunduran pasukan tentera asing pada akhir tahun lepas. – Agensi