Sembilan ditahan, dadah dirampas

Sembilan ditahan, dadah dirampas

SYDNEY, 16 Sept – Polis Australia telah menahan sembilan orang dan merampas methyamphetamine bernilai 75,000 dolar AS dalam operasi sempadan semalam dua hari ini. Polis New South Wales (NSW) berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa serbuan dilakukan bersama dengan polis Wilayah Ibu Negeri Australia (ACT) di Queanbeyan, sebuah bandar yang terletak di selatan NSW.

Tujuh lelaki dan dua wanita ditahan di bawah Strike Force Lupo, operasi yang ditubuhkan pada Mei oleh detektif daripada Pusat Kawasan Tempatan Monaro untuk menyiasat bekalan dadah haram di Queanbeyan dan ACT. Pengurus Jenayah Pusat Kawasan Tempatan Monaro dan Ketua Inspektor Detektif Neil Grey berkata polis telah memberkas sembilan orang yang telah didakwa dengan lebih 50 kesalahan hasil daripada operasi Strike Force Lupo. – Xinhua