Sembilan mayat terdampar di pantai Turki

Sembilan mayat terdampar di pantai Turki

AYVACIK, Turki, 15 Jan (Reuters) – Mayat sembilan orang, setengah daripada mereka mungkin lemas sehingga 10 hari sebelumnya, ditemui di pantai barat Turki minggu ini apabila aliran pendatang Eropah masih melakukan perjalanan disamping cuaca musim sejuk yang melampau dan usaha-usaha kerajaan Turki.

Mayat lima lelaki dan seorang wanita telah dijumpai terdampar di pantai Seferihisar di wilayah pantai Izmir pada hari Selasa lalu, kata gabenor daerah Resul Celik kepada Reuters, sambil menambah bahawa doktor percaya mereka lemas antara lima hingga 10 hari sebelum ini.

Pengawal pantai itu berkata secara berasingan bahawa telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dan dua orang wanita berhampiran Ayvacik, ke utara, selepas bot yang dinaikki terbalik. Mereka telah menyelamatkan 13 orang, tetapi carian masih diteruskan bagi mencari dua orang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki.

Lebih daripada satu juta pendatang tiba di Kesatuan Eropah tahun lepas melarikan diri akibat perang atau kemiskinan di Timur Tengah, Afrika dan Asia, dan hampir 3,700 meninggal dunia atau hilang semasa perjalanan. Sebahagian besar mereka datang melalui Turki ke Greece.

Walaupun laluan sejuk lebih berisiko berbanding musim panas, beribu-ribu masih cuba untuk meneruskan perjalanan. Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, seramai lebih daripada 24,000 telah menyeberangi Mediterranean ke Greece dan Itali dalam dua minggu pertama bulan Januari, dan jurucakap Joel Millman berkata 58 kematian telah direkodkan pada 12 Januari.

ARTIKEL YANG SAMA