Sembilan pelombong Chile saman peguam

Sembilan pelombong Chile saman peguam

SANTIAGO, 3 Nov (AFP) – Sembilan pelombong Chile yang mendapat perhatian dunia kerana lama terperangkap dalam lombong bawah tanah pada 2010, menyaman peguam mereka kerana dituduh menipu berhubung hak terhadap kisah mereka.

Kumpulan itu, sebahagian daripada 33 pelombong yang terperangkap selama 69 hari akibat runtuhan lombong bawah tanah di San Jose, di utara Chile, menuduh peguam Remberto Rodrigo Valdes dan Fernando Garcia menipu mereka menerusi satu aturan meragukan untuk menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruskan hak mereka.

“Hari ini, kami diselamatkan lagi buat kali kedua,” kata plaintif Luis Urzua, mandur yang bertindak sebagai ketua pelombong berkenaan.

Beliau juga adalah yang terakhir naik ke permukaan ketika mereka diselamatkan. “Kami sudah berjuang selama empat tahun untuk membuktikan bahawa hak kami telah diceroboh,” katanya. Sembilan plaintif berkenaan mendakwa Valdes dan Garcia ‘mengelirukan 33 pelombong untuk percaya mereka akan uruskan sendiri syarikat, sebaliknya menipu hak dan sejumlah wang mereka’